Saturday, January 23, 2016

[CERPEN] : Lofar


  
“Wan! Wan! Jangan buat Lof macam ni Wan…”
“Pergi!”
Lofar geleng kepala. Dia berkeras juga tidak ingin tinggalkan tunangnya. Air mata Lofar masih lagi membasahi pipi. Dia sesekali tidak pernah berputus asa untuk pujuk Wan dari terus putuskan pertunangan mereka.
“Pergilah!” Pautan tangan Lofar ditolak kuat. Wan alihkan pandangannya dari Lofar. Hatinya rapuh dengan ketidaksempurnaan diri sendiri.
“Wan…” Hajah Emani cuba bersuara. Kesian tengok Lofar yang meraung-raung untuk terus pujuk anaknya.
“Ibu bawa dia keluar dari sini. Wan tak nak tengok! Bawak keluar dia bu…”
“Wan tolonglah jangan buat Lofar macam ni… Lofar sanggup jaga Wan.” Pujuk Hajah Emani.
Wan pandang wajah bekas tunangnya. Tajam. Kemudian beralih pula pada ibu yang memihak pada Lofar. “Macam mana dia nak jaga Wan bu? Wan cacat! Wan tak boleh nak berjalan pun!”
“Wan masih boleh sembuh! Tolonglah Wan kita sambung balik. Kita kahwin. Lof janji akan jaga Wan…” pujuk Lofar lagi.
“Tolonglah Wan. Biar Lofar jaga Wan.” Pujuk Hajah Emani lagi.
Wan geleng kepala. “Macam mana bu? Siapa nak sara hidup kami? Kerjaya Wan dah hancur. Lof cuma pelukis biasa je bu! Makan minum pun tidak teratur… Macam mana nak jaga Wan kalau diri sendiri pun tidak betul.”
“Wan!” jerit Lofar. Sampai hati tunangnya sendiri hina pekerjaannya. Selama ni Wan yang banyak bagi sokongan padanya untuk teruskan kerjaya sebagai seorang pelukis.
“Ingat dengan lukis bunga-bunga tu Lof dapat terus hidup. Tidak Lof! Itu cuma angan-angan. Dan sekarang Lof nak jaga orang cacat macam Wani ni? Nak tanggung hidup Wan?” Tekan Ezwan lagi.
“Wan!” suara Hajah Emani semakin tegas. Tidak sangka Wan sanggup hina pekerjaan Lofar sebagai seorang pelukis bunga.
“Tinggalkan Wan. We’re over. Lof bukan lagi tunang Wan.”
Tangan Lofar semakin kendur. Hancur hatinya dengan sikap rapuh Ezwan. Sampai hati Wan.
“Lof janji tidak akan kacau Wan lagi. Tapi dengan syarat… Lof nak tengok Wan buktikan Wan boleh berjalan semula tanpa Lofar yang selama ni hanya menyusahkan Wan.”
“Lof jangan macam ni sayang…” Aduh! Pening kepala Hajah Emani dengan perangai anaknya, sekarang Lofar pula menyerah kalah.
I’ll be better without you…” ucapan terakhir Wan yang masih segar dalam ingatan Lofar hingga kini.
“Datang jugak kau eh?” Lofar alih pandangan ke sebelah. Satu senyuman dihadiahkan untuk Kiara. Hilang semua lamunan kisah beberapa tahun lepas. Dah sejarah Lofar. Biarkan tinggalkan sejarah.
“Hai Ara. Assalamulaikum.” Tutur Lofar dengan senyuman kecilnya.
Tanpa tunggu lama bahu si kawan terus dipukul lembut. “Aku mati-mati ingat kau tak jadi datang.” Rengek si bakal ibu.
Lofar tersengih. “Surprise!
Air mata Kiara terus mengalir. Tubuh kawan yang sudah bertahun tidak bertemu itu terus dipeluk. “I miss you so badly.
Pelukan dilepaskan. Air mata Kiara dikesat. Rindu? Dia pun rindu pada teman baiknya. Tapi air mata Lofar sudah kering untuk menangis lagi.
Nice décor. Ramai jugak orang datang.”
Thanks to you. Antara yang datang ni pun sebenarnya teruja tengok hasil seni rare kau ni.”
“Mana ada rare.”
“Iyalah tu. Bila tahu Lotus restaurant ni ada hasil seni Lofar. Ramai pengunjung dari luar negara sanggup datang semata-mata nak tengok hasil bunga teratai kau. Rare kut. Mana ada Lofar hasilkan seni bunga sejak bertahun lalu.”
Lofar tersenyum sendiri. Hasil lukisan The Last Lotus dipandang semula. Lukisan terakhir bunga teratai hasil tangannya. “Aku pun tak berapa nak ingat lukisan-lukisan ni. Thanks to you juga sebab masih simpan lukisan-lukisan ni. Aku suruh kau buang, tapi kau simpan lagi. Masih elok pula tu.”
“Aku kan archivist. Mestilah reti nak jaga.”
“Itu yang aku tak faham. Kenapa kau sanggup berhenti kerja lepas tu buka restoran. Ingatkan nak jadi isteri sepenuh masa jaga Emil.”
“Emil dah besar juga Lofar. Dah empat tahun. Aku pun bosan duk rumah. Haz juga yang cadangkan aku buka restoran ni. Aku terus terfikir buka Lotus supaya kau balik Malaysia. Aku kahwin dulu pun kau mana nak balik Malaysia.”
“Dah besar anak kau. Dah 4 tahun pun. Tak nampak pun. Dengan suami kau eh?”
“Pandai kona eh?.”
Lofar tersengih.
“Ada dengan Haz. Dia kata sebab hari ni opening so aku mesti sibuk jadi biar dia jaga Emil. Takut juga budak tu lari-lari nanti hilang pula.” Beritahu Kiara. Tahulah kalau bab suruh balik Malaysia memang Lofar pandai nak mengelak.
“Kau cuti berapa lama ni?”
“Sebulan. Aku ada kerja sikit lagipun nak nak jual rumah arwah atuk dekat kampung dan rumah aku dekat sini.”
“Maksud kau lepas ni…”
“Aku takkan tinggal di Malaysia lagi.”
“Lofar…”
Alaa… Nanti aku datanglah sini bercuti. Waktu tu aku tinggalkan dekat hotel. Tak pun tumpang rumah kau.”
“Iyalah tu kau nak datang lagi. Ni pun kena ugut baru pijak Malaysia semula.” Keluh Kiara. Semua sebab Ezwan!
“Insya-Allah aku datanglah. Kau ni…” Lofar tergelak kecil. Ada benarnya ayat Kiara tadi.
“Aku dengar kau dah tak nak melukis lagi.”
Lofar angguk perlahan.
“Kenapa? Kau kan dah terkenal sekarang.”
“Susah aku nak terus kekal melukis tanpa jiwa Ara. Lagipun aku dapat kerja sebagai graphic designer. Kira okaylah tu. Bolehlah nak sara hidup aku seorang.”
Macam mana kau nak kembali dengan jiwa kau apabila jiwa tu sudah pun berkecai sejak dulu lagi Lofar. “Malaslah aku nak tegur lebih-lebih. Yang lalui tu kau… yang penting kau kena terus kuat.”
Thanks Ara. Tapi sibuk bercerita ni. Kau tak nak hidang aku air ke? Sakit tekak aku ni tau. Aku nak air tangan bos juga. Lama tak rasa air tangan kau tu.”
Demand pula. Nasib baik kau tu best friend aku. Jus avocado lagi?”
“Restoren kau sediakan minuman kegemaran aku? Wah! Terharunya.”
“Nah tengok menu. Aku nak tengok tahap terharu kau macam mana pula lepas ni.” Tutur Kiara sambil memberi buku menu kepada Lofar.
“Wah! Semua favourite aku la.” Teruja Lofar tengok senarai menu yang tertulis.
“Teruja tak? Ni semua untuk kau tau. Sayang aku lebih tak?”
“Mestilah.”
“Nak aku sediakan makanan kegemaran kau tak?”
Lofar tersenyum sambil mengangguk. Gila tak nak. Air tangan Kaira superb kut.
“Nak balik sini selamanya tak.”
Lofar yang baru saja nak angguk kepala terus tak jadi. “Ara…”
“Iyalah. Iya… Hish kau ni… Nak suruh duduk Malaysia pun payah. Duk situ tunggu aku sediakan makanan untuk kau.” Bebel Kaira lalu tinggalkan kawab baiknya.
Lofar tersenyum kecil. Sejak kahwin ni, Kaira dah macam terjangkit sindrom kuat membebel pula.
Sedap. Masakan Kaira memang selalu menjadi kegemaran Lofar. Lepas makan dia tidak terus balik. Saja nak duduk lepak dengan Kaira, bertahun tidak jumpa banyak benda yang mereka bualkan kecuali tentang Ezwan. Lofar tahu Kaira cuba mengelak untuk buka topik tu sebab takut dia rasa sedih.
Lofar rela hati nak layan Emil sementara Hazmi dan Kaira pergi solat zohor memandangkan dia uzur.. Comelnya budak ni. Muka sebijik macam papanya. “Comelnya budak ni…” puji Lofar sambil usap kepala Emil.
Emil tersenyum-senyum. “Antek tak?” Tanya si comel sambil tunjuk lukisan warna-warni. Habis comot muka Emil dengan warna air yang disediakan Kaira sebelum pasangan tu pergi solat tadi. Mereka kata minat melukis Lofar jatuh pada Emil sebab waktu mengidam Emil, Kaira sampai menangis-nangis rindukan Lofar sampai sanggup tengok lukisan kawan baiknya semata-mata nak lepas rindu.
 “Acik Wan!!” jerit Emil lalu terkedek-kedek berlari meninggalkan tempat melukisnya.
Lofar terus bangkit kejar Emil hingga ke pintu. Entah siapa pula Emil nampak sampai gembira macam tu.
“Emil… Jangan lari… Nanti jatuh.” Tegur lofar.
Emil yang berlari itu disambut oleh seorang lelaki sebaik saja tiba di kaki lelaki itu. Lamgkah Lofar terhenti. Dia dah agak lelaki itu mesti datang jugak. Dia tidak hairanlah kalau Ezwan akan muncul di restoren ni memandangkan Ezwan dan Hazmi kawan baik. Macam dia dan Kiara. Tapi jodohkan? Dia dan Ezwan yang bercinta tapi Hazmi dan Kiara pula yang kahwin.
Lelaki itu datang mendekat. “Assalamualaikum Lof.”
“Waalaikumsalam.” Salam dari Ezwan disambut. Tenang. Tapi dalam hati Allah saja tahu. Lof. Seorang saja yang panggil nama tu sejak dulu. Special katanya. Tapi bagi Lofar tiada lagi istimewa pada nama itu. Dia pun hampir lupa panggilan dari Ezwan tu.
‘Dah sejarah Lofar. Move on!’ ingatnya pada diri sendiri jika setitik rasa rindu itu datang menerpa. Macam sekarang. Rindu hinggakan air matanya nak mengalilr sebaik saja terpandangkan wajah Ezwan.
Tapi… He do looks better without you Lofar.
Ezwan dah sihat sekarang. Dah boleh berjalan. Segak macam dulu. Rapi macam Ezwan yang kenal sebelum insiden itu berlaku.
“You ada nak minum apa-apa? I tolong orderkan?” pelawa Lofar.
Berubah riak wajah Ezwan. Dia tidak hilang ingatan lagi bahawa Lofar tidak suka bahasakan diri sebagai you and I. Tapi Lofar depannya dah berubah.
‘People change Ezwan. And you changed her.’ Diri sendiri mula bersuara dan rasa bersalah pun datang.
“Tak apa. Wan nak jumpa Kiara dan Hazmi dulu.”
“Oh… Dia orang pergi solat jap.”
Ezwan mengangguk.
Jeda.
Mata Ezwan tidak lepas dari pandang Lofar. Rindu? Orang gila saja yang tidak rindukan orang yang dicintai sepenuh hati. Tapi dia lagi gila sebab putuskan tunang dengan orang yang dia cintai tu.
Lofar alih pandangan pada Emil yang masih setia didukung oleh Ezwan. Budak tu pun dah comot pegang berus warna di tangan.
“Emil masih nak mewarna?” Tanya Lofar.
Laju kepala Emil mengangguk. “Acik Wan aja lukhis munge agi.”
Permintaan Emil pada Ezwan buat Lofar tergamam. Ezwan dipandang seketika.
Ezwan senyum dan mengangguk pada Emil. “Biar Wan ganti jaga Emil.”
Lofar masih berdiam diri. Hanya anggukan diberi sebagai jawapan. “Jangan pupuk minat melukis pada dia. Takut nanti tak mampu nak tanggung diri sendiri.” Tiba-tiba Lofar bersuara ketika Ezwan melintasi Lofar untuk ke tempat lukisan Emil tadi.
Langkah Lofar dilajukan. Beg tangan ditarik dan dia terus keluar dari restoran. Entah kenapa rasa sakit itu kembali datang sebaik saja dengar Ezwan ajar Emil melukis. Lukis bunga pula tu.
Senyuman sinis terlakar diwajahnya.
Pathetic!
Marah pada diri sendiri bila air matanya mengalir lagi.



Lofar melangkah masuk ke dalam restoren tersebut. Hari ni ada janji temu dengan seorang rakan yang dikenali semasa di London dulu.
“Assalamualaikum, sorry lambat Chong.” Tegur Lofar pada lelaki cina islam tersebut.
“Waalaikumsalam, its okay. Duduklah Lofar.”
Lofar mengangguk dan duduk berhadapan dengan lelaki tersebut. “Jadi inilah hotelnya?”
“Yup. Kalau you perasan dekat lobi tu nampak suram sedikitkan? Kalau boleh I nak minta you lukis mural besar pada dinding berdepan dengan cermin besar tu.”
Lofar terdiam. Cuba ingat semula dinding yang dimaksudkan. Seketika kemudian wajahnya kembali bercahaya. “Wow! It would look great. I pun perasan something wrong somewhere pada hiasan lobi walaupun overall nampak modern.”
“Jadi you nak tak projek ni?”
“Berapa lama tempoh projek ni?” tanya Lofar semula. Chong ada beritahu. Terlupa pula.
Within two month paling lambat. I tahu pelukis perlukan tempoh for the idea to come. Sebab tu I request dua bulan dari bos. Is it okay for you?
Lofar diam lagi. Berfikir cara dia.
“Sebenarnya I plan nak stay sebulan je. Hurm... tapi okay kut.”
So it’s deal?
Consider I am.” Ucap Lofar tersenyum. Lambat balik sebulan pun okay lagi kut. Dia pun belum mula terima kerja yang ditawarkan di London tu. Kira ni kali terakhir dia melukis la sebelum berhenti.
Chong hela nafas lega. Terbias wajah lega di wajah lelaki itu. “Thanks a lot Lofar. Really appreciate it.
 Lofar tersenyum kecil. “Your welcome. Nanti any document yang I kena sign. Just email it to me boleh? Sebab I nak balik kampung I esok. Tapi internet connection I tak pasti okay ke tak. Dah ada orang nak beli tanah arwah atuk I tu. So ingat nak spend masa stay sana dulu. Sambil tu boleh fikir I nak lukis apa.”
Sure. You dah tolong I. Kalau macam tu I bagi you lepas you datang sini semula. Nanti roger I semula. Now lets eat. Perut I pun dah lapar.”
“Eh bukan you dah lunch ke? I ingatkan dah. Sebab tu terus bawa bincang.”
“I tunggu you datang tau. Lapar ni.”
“Tipulah. I baru skrol timeline insta tadi. You ada upload gambar lunch.”
Chong tergelak besar. “Kantoilah pula. Tapi I tetap nak makan juga. Lapar. You pun orderlah. My treat. You tu cantik. Lagi cantik kalau berisi lagi. Comel je.”
Lofar geleng kepala. “Sweet talker.” Komen Lofar tersenyum-senyum.
“Sebab tu ramai minat I. You tak minat I?” Chong sempat jual minyak. Eh apek ni! Sempat lagi.
“You pilih. Nak kena baling handphone ke atau stileto I?”
Chong tergelak lagi. Haih mudah betul hidup orang senang hati ni. Gelak je lebih.
“Baling tu buat apa! Baling hati you la. Confirm I sambut.”
“Chong!” Geram Lofar dengan Chong yang kuat mengusik ni. Boleh sakit jiwa jadinya.
“Isteri I kirim salam.”
“Waalaikumsalam. Apasal tak bawa sekali? Rindulah dekat Diana.”
“Rindu dekat isteri I je? I tak nak rindu?”
“Rindu kat you untung apa? Dah la mata tak boleh buka besar-besar!” usik Lofar.
“Dei mata sepet nilah yang pakar sakit puan tu gila-gilakan. Sepet bukan sebarang sepet tau. ”
Lofar tertawa besar. “Sombong! Seriuslah. Diana mana? Nak jumpalah.”
“Alaa... Puan besar tu kerjalah. You faham-faham la kerja doktor ni. Nanti I set upkan makan malam dekat rumah. Diana tu pun mengidam nak jumpa you. Rindu katanya.”
“Berisi?” tanya Lofar teruja.
Chong senyum mengangguk. “Ada rupa bakal abah tak?” tanyanya sambil usap dagu.
“Wah! Congrats. Bakal anak saudara I tu mesti comel macam I.”
“Eh Eh... anak orang! Nak sama comel macam you buat apa. Comel macam bini I la.”
“Kedekut.” Cebik Lofar.
Chong tergelak kecil. Patutlah tergelak gembira saja dari tadi. Double happy rupanya. Congrats Chong and Diana! Ucapnya lagi dalam hati.



Lofar duduk di lobi sambil memandang dinding yang kosong tersebut. Cuba fikirkan hasil seni yang bakal menghiasi lobi The Garden hotel ni. Mata meliar sekeliling hotel, memerhati perhiasan hotel yang agak moden tapi masih kena dengan tema taman bunga. Chong sudah pun naik ke pejabat lelaki itu semula. Tinggal dia sendiri saja meminta kebenaran untuk mencari idea yang bersesuaian.
“Lofar?” Kepala Lofar berpaling pada suara yang menegur. Kakinya terkaku seketika.
“Ya Allah. Lofar!” Laju langkah Hajah Emani mendekatinya.
“Ibu...” tutur Lofar perlahan.
“Ya Allah sayang! Ibu rindu anak ibu... Mana Lofar pergi sayang?” Pipi Lofar diusap lembut. Menitis air mata Hajah Emani melihat insan yang dirindui bertahun-tahun.
Hati Lofar tersentuh melihat air mata Hajah Emani yang mengalir. Dikesat air mata tersebut tapi saat itu juga air matanya turut mengalir.
“Lofar... Lofar rindu ibu.”
Tidak tertahan hati Hajah Emani dengan luahan hati Lofar. Lantas Lofar ditarik ke dalam pelukannya. “Syukur Ya Allah! Syukur alhamdulillah engkau makbulkan doaku. Alhamdulillah.”
Makin laju air mata Lofar mengalir. Dia pun rindukan Hajah Emani. Tapi kerana Ezwan ditinggikan ego untuk balik Malaysia ataupun hubungi wanita ini walaupun sekadar bertanyakan khabar.



“Lofar sihat?”
Lofar mengangguk. “Ibu?”
“Alhamdulillah.” Jawab wanita itu.
“Tapi muka ibu pucat. Makin kurus Lofar tengok. Ibu kena jaga kesihatan. Banyakkan rehat. Jangan penat sangat.”
Hajah Emani tersenyum kecil. Lofar dari dulu memang selalu titik beratkan tentang kesihatannya. “Biasalah nak. Sakit tua.”
“Lofar tak nak ibu sakit. Lofar tak boleh jaga ibu lagi.” Sayu suara Lofar bersuara. Dia pun dah macam tak sedar diri. Masih nak panggil Hajah Emani dengan panggilan ibu, padahal dia dan Ezwan tiada apa-apa lagi.
Hajah Emani hela nafas kecil. “Walaupun Lofar dan Wan dah tiada apa-apa. Lofar tetap anak ibu. Ibu selalu doakan agar dapat jumpa anak ibu seorang ni lagi sebelum ibu tutup mata. Setiap hari ibu harap Lofar datang rumah jenguk ibu macam dulu.” Wajah sayu Lofar diusap. Hanya pada Allah disampaikan ucapan rindu dan doa agar Lofar sentiasa selamat di mana pun dia berada.
“Maafkan Lofar bu. Lofar bukan anak yang baik.”
“Lofar anak yang baik sayang. Anak ibu yang baik. Dah jangan nangis. Ibu pun tak nak nangis. Buruk rupa Lofar nanti.”
“Oh ya ibu nak ke mana lepas ni? Kalau tiada apa-apa, kita keluar nak? Dah lama tak pergi nursury dengan ibu.” Ajak Lofar. Dulu dia selalu saja ikut Hajah Emani pergi nursery beli bunga. Sambil tu boleh dia fikir idea untuk lukis bunga. Tapi sejak berpisah, jangan kata nursery. Bunga pun dia telah berhenti melukis.
Hajah Emani tepuk dahi perlahan. Segera telefon bimbitnya dikeluarkan dari tas tangan. “Ibu lupa nak bagitahu Wan. Patutnya ibu makan tengah hari dengan Wan sekarang ni. Jap ibu nak batalkan dulu.”
Lofar terdiam. “Oh! Maaf. Lofar tak tahu ibu ada janji temu dengan Wan.” Bergetar dadanya menyebut nama lelaki itu setelah sekian lama.
Hajah Emani yang hendak mencari nombor anaknya menghentikan langkah. Tangan mengengam tangan Lofar atas meja. “Ibu faham Lofar tak selesa kalau Wan ada. Tak apalah. Ibu batalkan makan tengah hari dengan Wan. Tadi dia pun kata sibuk sikit. Ibu yang paksa Wan. Sejak Wan sihat ni. Susah sikit nak jumpa dia. Sampai ibu sendiri nak jumpa pun kena buat temu janji. Wan makin gila kerja.”
Lofar sekadar balas dengan senyuman kecil.
“Wan tak fly hari ni?”
Hajah Emani geleng kepala. “Sejak...”
“Assalamualaikum bu.” Teguran Wan menghentikan ayat Hajah Emani.
Kehadiran Wan yang tidak disedari oleh dua wanita itu mengejutkan mereka. “Waalaikumsalam, baru ibu nak mesej Wan suruh tak payah datang.”
“Wan dah sampai pun bu, mesej tu yang tak sampai-sampai.” Bebel Erwan sambil tarik kerusi sebalah Hajah Emani.
Menu yang tidak bersentuh dibelek beberapa kali. Leka sangat berbual dengan Lofar agaknya sampai makanan pun lupa nak order. Desis hati Wan. Masih lagi buat tidak tahu dengan kewujudan Lofar bersama ibunya sekarang ni.
“Ibu terlupa Wan...”
“Iyalah. Dah jumpa Lof. Mana nak ingat Wan lagi...”
Lofar menunduk. Ayat rungutan tu... Dulu dia selalu balas dengan senyuman melepas sebaik saja dengar rungutan Wan tu. Wan selalu mengeluh Hajah Emani lebih sayangkan dia berbanding anak sendiri.
Bahu Wan dipukul lembut oleh Hajah Emani. “Mengada. Padahal dia tu yang payah sangat nak jumpa. Nak jumpa anak sendiri pun kena buat appointment bagai. Ibu ke hospital pun bukan nak tolong ke apa...”
Wan mengeluh kecil. Sedar silapnya. “Bu...”
“Betulkan tekaan Lofar. Ibu memang tak sihat.” Tegur Lofar tiba-tiba. Keadaan fizikal Hajah Emani pun jauh berubah dari dulu.
Hajah Emani tersenyum kecil. “Alah! Penyakit orang tua. Biasalah. Dah! Kita makan tengah hari. Dah lama ibu tunggu saat ni. Lama tak makan ramai-ramai macam ni.”
Serentak Lofar dan Wan mengeluh kecil. Dua-dua mengesali sikap abaikan Hajah Emani kerana layan perasaan masing-masing.



“Ibu nak ke mana lepas ni? Wan sedia jadi driver.” pelawanya tersengih-sengih. Iyalah. Dia dah janji nak jaga ibu selepas sembuh dari lumpuh. Tapi sembuh saja terus jadi hamba kerja. Lepas dengar ayat sedih ibunya, rasa bersalah tu makin bertambah. Memandangkan dia tidak sibuk mana hari ni. Biarlah Wan temankan ibu tersayang!
Hajah Emani pandang anak lelakinya dengan muka tidak percaya.
“Betul bu.” Wan cuba menyakinkan Hajah Emani. Faham sangat riak tidak percaya ibunya tu.
“Ibu sebenarnya nak keluar jalan-jalan dengan Lofar.”
Berubah riak wajah Erwan. “Err... naik apa?” Kekok berbual dengan Lofar. Umpama hari pertama bercakap dengan gadis itu pula.
Lofar garu kepala. Baru teringat dia ke situ naik teksi. Lofar pun tidak berapa ingat jalan di Kuala Lumpur ni. “Teksi boleh bu? Lofar tiada kenderaan.”
“Kalau Wan drive boleh? Wan janji tak kacau.” Wan menyuarakan pendapatnya. Tidak sanggup biarkan wanita-wanita kesayanganya naik teksi sedangkan dia tengah free.
Serba salah Hajah Emani memandang Lofar. Adoi Wan ni. Tak faham lagi ketidakselesaan Lofar dengan kehadirannya.
“Tak apalah....”
“Biarlah bu. Biar Wan drive...” potong Lofar. Biarlah dia mengalah. Wan pun dah janji tak nak kacau walaupun hatinya libang libu memikirkan keputusan sendiri. Kuat Lofar! Jangan je ada yang ‘leleh’ kejap lagi sudah. Hatinya mengeluh kecil.
“Betul ni?” tanya Hajah Emani. Telapak tangan Lofar digengam erat memberi semangat.
Lofar mengangguk. Senyuman kecil dilemparkan. “Tak apalah bu. Yang penting Lofar dapat luangkan masa dengan ibu.” Ujarnya manja sambil memaut lengan Hajah Emani. Kepala dilentok ke bahu wanita itu. Manjanya pada Hajah Emani memang sukar dihakis. Sejak dulu lagi dia memang suka bermanja dan dimanjakan oleh Hajah Emani.
Hajah Emani tersenyum kecil. Dikerling anak lelakinya yang buat-buat tak nampak dengan gaya manja Lofar. Kening diangkat saat matanya tertangkap si anak mengerling pada Lofar.
“Dah Jomlah. Wan parking kereta dekat depan lobi.” Tuturnya lantas kaki laju dihayunkan meninggal Hajah Emani dan Lofar. Terkesan dengan air muka ibunya yang seolah-olah mengejeknya. Alahai ibu!



Wan betul-betul terasa dianaktirikan oleh ibu sendiri. Memang feeling driver sungguh bila dalam kereta terpaksa senyap saja. Padahal ibu dan lofar bukan main rancak lagi berbual di kerusi penumpang belakang. Dia di depan macam tunggul aje memandu. Nak masuk cerita tapi ibu dan Lofar macam buat tak tahu saja kewujudannya.
Wan mengeluh kecil.
Sampai ke nursery ni pun masih tidak tahu buat apa-apa. Bukan dia tidak pernah datang bersama Hajah Emani dan Lofar tapi kali ni suasananya jauh berbeza. Dulu dia selalu saja usik Lofar kalau kebosanan tunggu dua wanita itu mencari bunga untuk koleksi bunga ibunya. Tapi sekarang jangan kata nak usik. Nak dekat pun payah!
Diperhati lagi wanita kesayangannya tu. Wan tersenyum kecil melihat telatah Lofar yang seperti tidak pernah jumpa bunga tu. Dia geleng kepala. Lofar memang gilakan bunga, salah satu sebab yang merapatkan ibunya dengan kekasih hatinya yang satu ni.
Tanpa fikir lama. Wan angkat Iphone miliknya. Aplikasi kamera dibuka. Beberapa keping gambar Lofar diambil senyap-senyap. Bolehlah mengubat rindu selain gambar-gambar dalam galeri yang sedia ada.
Kini Lofar seorang diri menghirup bau bunga ros. Terbit rasa cinta yang mengunung sekali lagi melihat si kekasih hati. Dia sekali lagi enggan ketinggalan menangkap gambar pada pemandangan yang sangat indah di mata. Orang cantik. Nak ambil shoot macam mana pun tetap lawa.
Tiba-tiba pandangan Lofar beralih kepadanya. Mereka bertentangan mata buat seketika hinggalah Wan gugup menjatuhkan telefon yang sibuk menangkap gambar gadis itu. Leher belakang terus diusap dan kaki cuba melangkah ke tempat lain. Kantoilah pulak!
Perasan Lofar melangkah ke arahnya. Kaki Wan segera dilajukan. Kalau ibu tahu dia skodeng anak dara orang macam ni. Confirm ceramah sebulan tak henti-henti!
“Wan!”
Gemersik suara lembut itu memanggilnya. Sorry sayang. Wan masih sukar nak hadapi sayang lagi.
“Wan!” panggil Lofar lagi. Kali ni lebih jelas suara menahan geram. Nak larilah tu. Tahu sangat dengan perangai Wan bila nak menipu tu. Pasti lelaki itu usap lehernya sebab rasa tidak selesa menipu.
Langkah kecil Lofar dilajukan. “Wan!!” Lengan Wan direntap memandangnya.
“Apa?” tanya Wan selamba.
“I nak tengok kamera you.” Pintanya.
No way! Buat apa?”
Lofar bulatkan mata. Eh! Eh! Buat tak tahu pula. Dah tak nak aku buat apa nak simpan gambar tu lagi! “Bagi I! I tahu you tangkap gambar I tadi.”
Langkah Wan terhenti. “Mana ada.” Jawabnya yakin.
“Tipu! I nampak tadi. Give me that phone.” Bulat mata Lofar menahan geram. Lagi nak tegakkan benang yang basah! Tangan ditadah meminta telefon bimbit yang disembunyikan belakang Wan.
Wan tersenyum kecil. Telefon diangkat tinggi. “Ambillah kalau dapat.” Dia tersenyum kemenangan. Yakin dengan ketinggian Lofar pasti tidak dapat capat telefon yang diangkat tinggi olehnya.
Lofar ketap bibir. Sah memang adalah gambarnya dalam telefon lelaki tu. Tambah geram bila Wan seperti sengaja mencabarnya. Fine! Kalau dia dapat gambar tu dia pijak bagi hancur telefon mahal Wan tu. Tidak kira! Sekurangnya dapat lepas geram pada Wan.
Mata Lofar tajam memandang telefon Wan yang dirasa sama seperti tuannya sedang mengejek Lofar. Bibir diketap sambil tangannya mencapai Iphone 6s warna keemasan tu. “Give me that phone!” arahnya sambil mencapai telefon Wan. Mujur dia pakai kasut tinggi hari ni. Sekurangnnya boleh capai sikit walaupun agak sukar.
“Eh! Dah pendek tu buat cara pendek.” Usik Wan sambil tergelak kecil.
“Eee... Mana adalah! Orang dah tinggi.”
Lofar loncat lagi. Sebelah tangan cuba mencapai telefon manakala tangan kiri terletak elok di dada Wan sebagai penahan. Terleka seketika jurang antara mereka berdua.
Wan tergelak lagi. Lebih-lebih lagi bila Lofar terloncat-loncat cuba mencapai telefonnya. Kemudian dia pandang kaki Lofar bila terasa gadis itu lebih tinggi dari empat tahun sebelumnya. Patutlah! Lofar dah pandai pakai kasut tinggi.
Rasa seram pula tengok lofar terloncat sedikit dengan kasut tinggi. “Lof! Hati-hati sayang. Jatuh nanti.” Pesan Wan tanpa tersedar menyebut perkataan ‘sayang’.
Tingkah Lofar tiba-tiba terhenti. Baru perasan kedudukan rapat mereka. Wan pun baru terperasan pangilan sayang yang baru saja terluncur dimulutnya. Mata mereka bersabung seketika. Ada debaran di hati masing-masing.
Ya Allah! Rindunya Wan pada seraut wajah itu. Rasa nak belai pipi yang semakin comel dipandangannya. Kerana silapnya bertahun dulu, mereka bukan saja terpisah antara benua. Hati yang saling mencintai pun terpaksa menanggung rasa sakit menahan rindu bertahun lamanya.
I miss you sayang...” ucap Wan tanpa sedar. Setitik dua air matanya mengalir mengesali keputusan sendiri.
Dada Lofar macam nak pecah dengan kenyataan yang baru saja diterima. Rindu? Siapa kata tak rindu. Marah dan rajuknya hanya seketika. Selebihnya hanya rasa rindu yang makin bercambah setiap kali kenangkan memori mereka bersama.
Lofar menunduk bagi mengawal perasaannya. Apabila terpandang telapat tangan yang melekap di dada lelaki itu, dia segera menolak kuat.
“Astaghfirullah!”
Tapi entah mana silapnya. Objek yang ditolak langsung tidak berganjak tapi dia yang hilang imbangannya. “Ma!” Terkapai-kapai Lofar cuba mengimbangkan badannya. Tangan cuba mencapai sesuatu tapi tertarik baju Wan hingga keduanya terjatuh.
Ops! Sorry... Sorry...” Pohon Wan bila tubuhnya menghempap badan Lofar.
Lofar masih lagi posisi yang sama walaupun Wan cepat-cepat alihkan tubuhnya.
“Lof?”
Lof, sayang are you okay?” Gabra Wan tengok keadaan Lofar yang sedikit mengerang kesakitan.
Lofar masih lagi tidak memberi respon. Ya Allah! Sakitnya badannya terjatuh atas simen. Dihempap pula tubuh sasa Wan memang tambah pedih.
Lof you scare me...” Makin gabra Wan bila Lofar pegang belakang gadis itu.
Lofar angguk sekali. Sedaya upaya dia cuba untuk bangun. Tangan Wan membantunya tidak ditepis. Sekarang ni ditolak ego ke tepi. Silapnya juga sebab tarik Wan tadi.
Argh! Wan... Wan... My knees...” Rengek Lofar. Sakit pinggang belakang masih sakit tapi buku lalinya pula pedih bila Wan cuba bantu untuk berdiri. Sudahnya Lofar masih duduk dengan kaki mengunjur.
Wan lepas tangannya. Mata beralih pada kaki Lofar yang bersarung stoking warna kulit itu. “Hey, thats why la i dont like you wearing heels. Bahaya!” Bebel Wan sambil membuka kasut yang masih tersarung di kaki Lofar. Tumit kasut yang agak tajam tu pun sudah patah. Perlahan Wan sentuh buku lali Lofar.
Argh! Auch! Auch! Wan sakitlah!” Bahu Wan dipukul kecil bila Wan tidak mengendahkan suaranya.
Wan toleh pandang Lofar. “Jangan bergerak sangat boleh tak? Bengkak kaki ni nanti.” Bebel Wan lagi. Kini suara lelaki itu naik sedikit agar dia senyap.
Lofar terdiam. Malas nak bergaduh. Sesekali wajahnya berkerut menahan pedih. “Duduk diam-diam. Wan pergi panggil ibu and dont even think to move around!” Amaran Wan sebelum bangkit pergi mencari Hajah Emani.
Lofar toleh belakang memandang tubuh lelaki itu hingga hilang dari pandangan. Satu keluhan kecil dihembus. Makin nak elak ni semakin dengan pula dengan lelaki itu. Cik jantung pun degil nak semakin rancak mengepam setiap kali dekat dengan lelaki itu.
Dia gigihkan badan untuk bangun tanpa menunggu Wan datang semula. Berdenyut kakinya bila terlebih gerakan.
Lofar tutup mata seketika. Menahan rasa sakit pada buku lalinya sambil cuba untuk bangkit. “Argh!!” jerit Lofar. Tiba-tiba tubuh yang payah nak bangkit terlambung ke atas. Makin rapat matanya dipejam erat.
“Degil!”
Mata terus terbuka saat terdengar suara Wan yang terlalu dekat. “Kan Wan dah suruh duduk diam dekat situ. Yang degil sangat ni kenapa!” marah Wan. Laju kakinya berlari ketika nampak Lofar cuba untuk berdiri.
“Wan buat apa ni? Turunkan Lof... Ah! Ah!” Lofar mengaduh sedikit bila terasa pedih di kakinya kembali berdenyut sebab terlalu banyak bergerak. Terlupa lagi panggilan mesra antara mereka berdua kembali terbit dibibir Lofar.
“Jangan degil boleh tak?”
“Wan! Biar Wan angkat Lofar. Kita ke klinik ya sayang. Ibu takut makin melarat nanti.” Hajah Emani kembali bersuara. Sempat dia tegur anak lelaki yang tinggikan suara pada Lofar.
Wan mendengus. Kaki dihayun menuju ke arah kereta. Sesekali dia mengerling pada Lofar yang diam menunduk. Tahu pun duduk diam.
“Kalau benci Wan sekali pun jangan sesekali lukakan tubuh Lof. Wan tak suka. Wan sayang Lof. Wan takkan maafkan diri Wan kalau apa-apa terjadi pada Lof.” Ucap lelaki itu ketika meletak Lofar di kerusi penumpang belakang. Pintu ditutup tanpa menanti sebarang respon dari Lofar.
Lepas tu Wan senyap saja. Makin senyap hingga sampai di klinik. Lofar sekali lagi diangkat hingga masuk ke dalam bilik rawatan. Dia terus keluar dan biarkan Hajah Emani temankan Lofar. Keluar klinik pun dia dukung lagi. Tapi mulut Wan kini senyap saja tanpa sebarang bunyi. Hanya kedengaran suara Hajah Emani saja memujuk Lofar tinggal bersama mereka hingga Lofar sihat semula.



“Assalamulaikum.”
Salam dari Wan dijawab serentak oleh Lofar dan Hajah Emani. Hari ni masuk hari kedua Lofar tinggal bersama mereka.
“Kaki macam mana? Dah Okay sikit?” tanya Wan.
Lofar menangguk. Setiap malam kakinya diurut oleh Hajah Emani. Walaupun masih sukar berjalan tapi tidaklah seteruk hari pertama dia terjatuh. Lofar memandang Wan yang segak berkemeja. Hati terdetik ingin bertanya tentang lelaki itu. ‘Wan tidak terbang lagi ke?’
Good. Malam sikit Wan nak keluar. Nak jumpa Haz. Ada apa nak kirim tak?” tanya Wan sambil menyambut huluran gelas berisi teh untuknya.
Lofar geleng kepala. Dia baru juga jumpa dengan Kaira. Kawannya datang melawat bersama Emil. Risau kemain lagi Kaira sampai membebel-bebel atas kecuaiannya. Agaknya Wan yang bagitahu tentang kondisinya pada Kaira.
“Ibu? Barang dapur cukup tak?”
Hajah Emani geleng kepala. Lofar tahu sejak dahulu lagi Wan memang rajin belikan barang dapur untuk Hajah Emani setiap kali dia tidak bertugas. Wan akan pastikan barang dapur cukup sebelum dia terbang semula. Agaknya Wan ada penerbangan dua tiga hari ni.
“Wan sibuk tak?” tanya Hajah Emani.
“Bolehlah. Kenapa bu?”
“Ibu ingat nak ikut Lofar balik kampung. Lofar nak balik kampung esok.”
Wan diam seketika. “Naik?”
“Lofar dah sewa teksi hantar ke kampung.” Jawab Lofar pula.
Wan mengeluh kecil. “Wan kena outstation seminggu. Esok fly. Tunggu Wan balik boleh? Biar Wan hantar ibu dan Lofar.” Tidak mungkin dia akan biarkan Lofar dan ibu naik kenderaan lain. Bahaya!
Lofar geleng kepala. “Rumah tu dah nak kena jual. Sebelum tu Lofar ingat nak habiskan masa di kampung.” Beritahu Lofar. Sebenarnya dia tidak kisah balik seorang. Tapi Hajah Emani tidak sanggup lepaskan Lofar balik dengan keadaan kaki yang masih sukar bergerak.
Diam.
Lofar tahu diam Wan maksudnya lelaki itu tengah berfikir.
“Wan hantar esok. Lagipun Wan outstation ke Langkawi. Dari kedah Wan terus drive ke langkawi. Balik nanti Wan singgah Kedah semula. Keperluan dapur untuk di kampung ada tak?”
Lofar geleng kepala. “Ingat nak beli dekat sana je nanti.”
“Iyalah tu. Dengan kaki masih sakit. Macam mana nak ke pekan?”
“Wan...” lembut suara Hajah Emani menegur anaknya.
Wan mengeluh kecil. Malas nak panjangkan cerita. Cakap lebih-lebih pun bukannya Wan nak dengar cakap dia. “Sediakan list. Keluar malam nanti Wan pergi beli.”
“Ibu nak ke dapur ambil cucur. Agaknya Kak Meen dah siap masak. Berbuallah. Jangan bergaduh pula. Bincang elok-elok.” Hajah Emani rasa patut bagi ruang untuk keduanya duduk berbincang capai kata sepakat. Masing-masing sedar tentang perasaan satu sama lain tapi dua-dua ego tak nak mengalah.
“Bu...”
“Bincang elok-elok. Kalau raasa ada benda perlu terangkan. Terangkan. Jangan simpan lagi.”
Wan mengeluh. Faham maksudnya Hajah Emani. Tapi dia tidak sanggup lagi nak berterus terang pada Lofar. Dia dah rancang nak terangkan semuanya tapi bukan sekarang.
How life?” tanya Wan bagi memecah kesunyian.
Huh? Haa... great. Wan?”
Worst.’ Jawab Wan  dalam hati. Dia angkat bahu. Tidak tahu macam mana nak throwback betapa teruknya keadaannya dalam empat tahun ni tanpa Lofar. Dia yang buang Lofar dari hidupnya tapi dia yang lagi teruk tanpa Lofar. Lofar kekuatannya. Tanpa Lofar seolah hilang semangat untuk terus hidup tapi dia terpaksa. Wan lepaskan pun demi impian gadis itu.
Semua orang sekelilingnya nampak betapa payahnya Wan untuk bangkit semula. Sebab dia nak bila mereka bertemu semula, Wan dapat pujuk hati Lofar semula.
Badan disandarkan. Wan tutup mata seketika. Cuba kenang keadaannya dalam tempoh empat tahun ni. Tidak sedetik pun rasa rindu itu berkurang. Malah cinta dan rindunya semakin kuat untuk Lofar. Sampai sanggup buat kerja gila nak intip Lofar di London sebab terlalu rindukan gadis itu.
Never feels better without you sayang... I’m dying...” ucapnya perlahan tanpa membuka kelopak mata. Wan tahu Lofar dengar dan gadis itu masih memandangnya.
Terasa sesuatu mengalir di hati Lofar mendengar luahan lelaki itu. ‘Lof pun sama Wan tapi Wan yang buang Lof dari hidup Wan...’ ucapnya dalam hati.
“Tanpa Lof, hidup Wan lagi lumpuh dari kaki Wan. I miss you like no others. Hari-hari Wan doakan agar Lof sihat dan bahagia tanpa Wan. I love you but I can’t be with you. Wan tak nak Lof hancurkan impian Lof untuk Wan....”
Air mata Lofar mengalir-galir mendengar luahan lelaki itu. Perasaannya berkecamuk. Sakit, geram, marah, rindu semua ada! “Apa hak Wan nak tentukan Lof bahagia atau tak? Ya. Impian Lof tercapai nak jadi pelukis terkenal memang tercapai tapi Wan sedar tak Lof tak pernah bahagia! I lost my soul!
Wan tunduk. “I’m sorry. But please never stop loving me cause you’ll always in my heart...” Mata Wan tidak lepas memandang Lofar yang tidak berhenti menangis. Tubir matanya sendiri panas. Dia terus tinggalkan Lofar bersendirian sebelum air matanya tumpah depan Lofar.




Senyap. Keadaan kembali sunyi selepas tu. Wan pun hanya menyembunyikan diri sahaja dalam bilik selepas balik dari rumah Haz. Sarapan pagi pun tidak. Hanya pesanan saja diberi kepada ibu agar panggil dia jika mereka sudah sedia untuk perjalanan ke kampung. Dia entahlah. Malu, segan, takut malah marah pada diri sendiri. Takut nak hadapi kenyataan jika tiada cinta lagi di hati Lofar untuknya.
“Wan tak nak singgah makan?”
“Ibu nak singgah?”
“Ikut Wan la. Ibu tak lapar lagi. Wan tu takde sarapan. Nanti sakit.”
“Tak apalah bu. Wan tak lapar. Nanti kita singgah sekali untuk solat zuhur.”
Hajah Emani menangguk. “Mana-mana kamulah.” Malas dia nak tegur lebih-lebih. Sejak petang semalam lagi dia perasan kebisuan anak lelakinya.



Tingkap kereta Wan diketuk perlahan. Mata Wan dibuka. Dipandang Lofar yang buka pintu penumpang hadapan dan masuk untuk duduk di sebelahnya.
“Makan?” tanya Lofar. Habis saja solat. Wan terus masuk dalam kereta dan tidur. Langsung tak ikut dia dan Hajah Emani untuk makan tengah hari.
Wan geleng kepala. “It’s okay. Pergilah makan dengan ibu.”
“Wan tak makan lagi dari pagi. Pergilah jamah sikit.”
I need my sleep more than eat Lof. I haven’t sleep yet.” Semalam tidak tidur fikirkan tentang respon yang bakal diberikan oleh Lofar. Untuk elak dari terus fikirkan pasal itu, Wan buat kerja pejabat hingga ke pagi. Sudahnya kepalanya berdenyut sekarang ni. Kalau makan nanti mesti mengantuk. Baik dia bertahan lapar agar tidak mengantuk semasa memandu nanti.
Tidur lima minit pun jadilah. Lagipun penghawa dingin yang kena pada muka rasa selesa sangat. “Kejutkan Wan bila Lof dan ibu dah habis makan.”
Lofar mengeluh kecil. Wan, bila dia kata hitam maka hitamlah. “Baiklah.” Akurnya.



Sampai di rumah kampung Lofar. Wan ambil keputusan agar terus ke Langkawi. Walaupun Hajah Emani ada. Tapi dia masih kurang senang untuk duduk sebumbung dengan Lofar. Lagipun tidak manis orang kampung tengok Lofar balik dan duduk bersama lelaki walaupun ibu ada bersama mereka. Dulu waktu Tok Wan dan Nek Wan Lofar ada, dia boleh lagi bermalam bersama. Tapi keadaan mereka pun sudah lain, atuk dan nenek Lofar pun sudah lama meninggal dunia.
“Betulkah larat lagi ni Wan? Rehatlah kejap. Ibu tengok muka kamu tak cukup tidur.”
Wan angguk lemah. Entahlah bu. Larat kut. Pelipis mata diurut perlahan.
“Jangan nak mengada. Ibu risau tengok keadaan Wan ni. Kalau tak nak bermalam pun. Rehatlah dulu kejap.” Hajah Emani berkeras. Tadi Lofar pun pujuk Wan tapi biasalah anak lelakinya. Bukannya nak dengar apa yang orang cakap!
“Wan...” Lofar bersuara pula. Haish! Sekarang ni entah siapa yang elak dari siapa. Tak faham betul dia dengan lelaki seorang ni. Dah sakit kepala macam tu sekali pun masih berdegil nak ke Langkawi. Padahal bukannya kerja mula hari ni pun!
“Baiklah. Baiklah. Naiklah. Biar Wan angkat barang.”
Hajah Emani tersenyum kecil pada Lofar. Dengar pun kata orang! Sekali hati mereka menyuarakan isi hati yang sama. “Jomlah naik Lofar sebelum Wan tukar fikiran tak nak singgah pula. Bukan boleh ikut sangat kepala batu dia tu.” Ajakan Hajah Emani yang disahut dengan gelak kecil Lofar. Dia pun tak nak cakap lebih-lebih dah. Takut Wan tukar fikiran pula.


Niat nak rehat sebentar bertukar jugak hingga dia terpaksa untuk bermalam di rumah kampung tersebut. Semua sebab Hajah Emani yang tak nak dia gerak ke Langkawi pada waktu malam. Takut kemalangan lama dulu berulang semula. Memang sejak kemalangan ngeri itu Wan tidak pernah lagi memandu jauh pada waktu malam.
“Wan...”
Wan yang sedang termenung di beranda didekati. Lofar ambil tempat di kerusi bersebelahan dengan lelaki itu.
I think we need to talk.
Wan mengeluh kecil. Inilah yang dia takut. Takut nak hadapi keputusan dari Lofar.
Move on Wan. Lagipun ini kehendak Wan sendirikan? Lofar...”
I still love you Lof. Wan buat semua tu untuk Lof. Wan tak nak Lof abaikan impian dan hidup Lof untuk Wan waktu tu...” Wan yakin Lofar pasti tahu sebab dia nak berpisah dengan Lofar dulu. Wan tak nak Lofar terbeban untuk jaga dia dan abaikan usia muda untuk lelaki itu. Wan nak biar dia saja tanggung sakit dan berusaha sendiri untuk sihat dan biarkan Lofar kejar cita-citanya dulu.
“Waktu tu... Waktu tu makna dah berlalu Wan. Lof... Perasaan Lof pada Wan dah tak sama macam waktu tu Wan. Lof dah tak... Lof dah tak cintakan Wan.” Luahan Lofar menyentak hati Wan.
Bibir dan matanya ditutup rapat. Ya Allah! Susahnya nak terima.
“Macam mana Wan nak terus tanpa Lof. I can’t help myself. Wan teruskan hidup hingga sekarang pun hanya untuk Lof. Wan nak berjaya semula untuk Lof...”
Lofar pegang dadanya yang turut rasa sakit. Ingat dia sanggup ke dengar luahan Wan tu. Hatinya sendiri sakit dengan keputusan sendiri. Tapi untuk terima Wan semula sukar baginya. Wan dah buang dia! Sekarang kenapa Wan nak pungut dia lagi?!
Please Lof. At least izinkan Wan pikat hati Lof semula. Wan yakin Lof masih cintakan Wan. Tolonglah Lof. I can’t live without you. Apa guna semua ni kalau Lof tak terima Wan?”
I can’t. Lof dah tak cintakan Wan lagi...” ucap Lofar lagi tenang walaupun hakikatnya hatinya sendiri sakit dengan kata-kata sendiri. Apa guna cinta kalau Wan tidak pedulikan perasaannya. It’s need two to tango Wan. Lofar tak nak bila Wan jatuh lagi, Wan akan tinggalkan Lofa rsekali. It’s hurt untuk tengok sahaja orang yang kita sayang tanpa membantu Wan. Lofar tak nak hadapinya untuk kali kedua lagi. Cukuplah sekali.
Let’s put fullstop on our story. Kalau Wan betul sayangkan Lof. Jangan cari Lof lagi. Biarkan Lof bahagia and I’m happy without you..
“Ibu jadi ke nak buat kenduri tu? Ke nak tangguh dulu?” tanya Wan. Patutnya Hajah Emani nak buat kenduri ahad depan. Tapi rasanya pasti tak cukup persiapan nanti sebab ibunya ke kampung manakalah Wan pula kena outstation seminggu ke Langkawi hingga hari Jumaat.
Hajah Emani menangguk. “Tak payahlah tangguh.”
“Tapi...”
“Bukannya ada buat apa pun Wan. Makanan dan pinggang mangkuk semua pun dari caterer.”
“Baiklah. Kalau ada apa-apa jangan lupa call Wan.”
“Wan tak nak cakap dengan Lofar?” Lantas saat itu mata Wan beralih ke arah rumah. Dia tahu Lofar sengaja enggan keluar untuk mengelak darinya. Pasti pasal kes malam semalam.
“Tak apalah bu. Wan takut terlewat. Ni pun nak terus ke meeting.”
Hajah Emani ketap bibir. “Baiklah. Sampai nanti jangan lupa telefon ibu.”
Wan mengangguk. Badan dilabuhkan ke dalam kerusi pemandu. Satu nafas dihela sambil mata memandang tingkap dapur yang terbuka. Pintu kereta ditutup. Kemudian satu senyuman kecil dihadiahkan untuk Lofar yang hanya memandangnya dari jauh.
I love you...” ucapnya dengan air mata yang mengalir. Kereta terus meluncur meninggalkan halaman rumah. Reda Wan... Reda... bisik hatinya memberi kekuatan bila Lofar telah buat keputusan.



“Aku tak kira Wan atau Haz nak marah aku ke tak! Aku nak juga basuh kawan aku ni!” sergah Ara sebaik saja Lofar angkat panggilan.
Tergelak kecil Lofar dengan bebelan kawannya ni. Sahlah Kiara memang terjangkit sindrom suka  membebel.
Babe...
Lofar sambung gelak lagi dengar kawannya membebel entah apa-apa. “Aku geram betullah dengan kau ni. Serius boleh tak?”
“Okay! Okay! Kau nak apa?”
“Serius Lofar. Kenapa kau buat macam tu dekat Wan?”
 “Aku buat apa ?”
“Kenapa kau reject dia Lofar. I know you still love him. Kau sedar tak kau sendiri pun tengah sakitkan diri sendiri? Kau nak balas dendam ke?”
Tubuh Lofar disandarkan pada kepala katil. “Aku tak pernah berdendam dengan Wan... Tapi aku memang susah nak terima dia semula.”
“Lofar...”
“Ya aku sayang dia Ara. Tak pernah sedikit pun rasa tu berkurang. Tapi nak terima dia semula bukan mudah untuk aku. Aku tak nak... aku tak nak nanti bila dia jatuh semula. Dia buang aku lagi. Kau tak tahu betapa seksanya aku tahan hati supaya tak datang jaga dia waktu dia sakit...” ujar Lofar yang mula teresak-esak. Ingatannya kembali pada empat tahun lepas. Bukan senang dia tahan hati agar tidak pijak rumah Wan semula.
“Wan tu dah menyesal Lof. Can’t you see that? Kau tak tahu macam mana peritnya dia cuba bangkit semula untuk kau. Wan kata bila kau balik nanti. Dia tak nak kau tambah sedih tengok keadaan dia. Bersungguh-sungguh dia untuk sihat dan berjaya semula untuk kau.”
Lofar menangis lagi. Dia nampak sinar mata Wan ketika lelaki itu meluahkan padanya. Tapi entah kenapa dia jadi takut. “Sebenarnya Lofar... Wan suruh kau tinggalkan dia sebab dia tahu pasal tawaran yang kau dapat di London tu. Dan dia pernah berjanji dengan arwah Tok kau supaya bantu kau hingga kau capai cita-cita jadi pelukis terkenal macam arwah ayah kau. Sebab tu dia nak kau biarkan dia dulu dan capai cita-cita kau... sebab janji dia dengan arwah.”
Dahi Lofar berkerut. “Macam mana Wan boleh tahu?”
“Surat tu sampai dulu tempat dia sebelum kau dapat. Sebenarnya dia nak buat kejutan untuk kau. Dia dah sediakan macam-macam keperluan kau di sana untuk ambil tawaran tu sebelum kemalangan tu berlaku. Chong dan Diana tu... Wan kenal mereka... Dan mereka bukan saja-saja tinggal sebelah rumah kau di London tu.”
“Apa maksud kau Ara? Bukan tu bekas rumah sewa sepupu kau ke?”
“Waktu kau dan Wan berpisah tu. Haz datang jumpa aku bagi pihak Wan waktu tu sebab Wan masih tak boleh gerak. Haz yang terangkan pada aku dan minta tolong aku pujuk kau tinggal di rumah tu supaya Wan dapat jaga kau dari jauh. He loves you so much Lofar. Tempat tinggal kau di London tu sebenarnya rumah milik Wan. Kebetulan berjiran dengan Chong dan Diana. Mereka kenal lama dan Wan minta tolong jagakan kau untuk dia. Selama ni Wan jaga kau dalam diam... Banyak lagi Lofar. Banyak lagi yang kau tak tahu apa yang Wan buat untuk kau.”
Makin kuat suara Lofar menangis. Ya Allah! Apa dia dah buat pada Wan sebenarnya ni? Rasa bersalah bila dia tuduh Wan macam-macam sedangkan lelaki itu sentiasa mendahuluinya.
“Lofar...”
“Apa aku dah buat Ara? I dumped him!” tangis Lofar.
“Haz baru bagitahu aku tadi. Wan tak pergi mesyuarat di Langkawi tu. Dia patutnya pergi dengan Haz tapi Wan tak sampai pun mesyuarat tu. Dah tiga hari tapi Wan masih tak datang-datang.”
“Tapi Wan bagitahu ibu kata dia dah sampai.”
“Betullah dia dah sampai Langkawi tapi dia tak pergi pun mesyuarat tu. Baru hari ni Haz dapat jejak Wan. Wan ada di resort tempat mereka tinggal tu tapi dia dah tiada hati nak pergi mesyuarat tu. Dia kata tiada guna dia nak teruskan sebab dia buat tu pun untuk kau?”
“Buat?”
“Kau tak tahu Wan bukan lagi pilot?”
“Maksud kau? Ara janganlah cakap separuh-separuh...”
“Betullah tekaan Haz. Wan memang tak beritahu kau apa-apa...” keluh Ara sendirian. Miscommunication betullah pasangan ni!
“Dia dah tak boleh terbang. Untuk kau, Wan mula semula kariernya. Mula-mula  dapat tahu tu dia down tapi Haz pujuk dia agar kuat demi kau sebab tu dia boleh berjaya semula. I saw it Lofar. Aku nampak macam mana lutut Wan jatuh bila tahu dia dah tak boleh terbang... Aku nampak betapa sedihnya Wan bila tahu dia tak boleh terbang lagi sebab dia kata kau suka bila naik penerbangan yang dia bawa.” Ucap Ara teresak-esak. Terkenang semula keadaan Wan waktu tu. Bukan diri sendiri yang dia fikir tapi Lofar juga yang didahulukan...
Lofar terkedu. Susah nak percaya tapi mustahil Ara tipu dia.
“Ya Allah... apa aku dah buat?”



Wan tak datang pun jemput Hajah Emani di kampung Lofar. Entah tiba-tiba jadi lemah semangat balik bila sedar Lofar memang tak nak dia lagi. Mujur juga Haz tu sahabat dunia akhirat. Haz yang pandu kereta Wan untuk jemput emaknya di kampung. Alasan Wan kononnya ada emergency di pejabat yang memerlukan pemerhatiannya.
Iyalah tu! Lofar bukannya lurus sangat nak percaya bulat-bulat! Sia-sia saja dia semangat nak tunggu Wan balik jemput Hajah Emani sebab nak dengar sendiri dari mulut Wan sekali tengok orang lain yang datang jemput.
“Apa nak jadi ni Wan? Seorang dekat utara. Seorang dekat selatan.” Pening kepala Haz dengan pasangan ni. Wan tidak habis dengan rasa bersalah dengan keputusannya empat tahun lepas, Lofar pula tidak sudah-sudah nak mengelak. Tapi sebenarnya dua-dua ego tak nak mengaku salah. Sudahnya dia dan Ara yang tiada kaitan boleh terkait sekali. Siap kahwin dan ada anak pun tapi dua orang yang bercinta lama dari mereka ni yang tak kahwin sampai ke sudah.
“Entahlah Haz.” Bunyi macam pasrah saja lepas kena reject oleh Lofar. Macamlah tak pernah. Dulu waktu Haz duduk US dulu selalu saja dengar rungutan si kawan di Malaysia betapa payahnya nak ngorat Lofar. Asyik kena reject aje! Waktu tu tidak pula nak mengalah, makin berkobar-kobar nak mengurat si bunga teratai tu adalah!
“Sudahlah. Kau jangan nak semakkan fikiran kau dulu. Ada baiknya kau turun bawah tolong ibu kau layan tetamu lagi baik.”
Mengeluh lagi. Entah berapa banyak dah keluhan dia hembus. Hilang semangat sikit dan ibu pun agaknya tahu keadaannya. Sebab itulah Hajah Emani tidak membebel bila dia malas nak turun bawah layan tetamu. Ibu kata hilang semangat sikit tak apa, yang penting jangan hilang iman! Okay yang tu deep sikit! Sebab dia hampir hilang pedoman bila tahu tidak boleh lagi terbang sebab matanya bukannya jelas sangat. Dia sekarang ni dah pakai cermin mata bila memandu dan buat kerja.
“Jomlah. Lagipun anak aku dah balik-balik cari Acik Wannya.” pujuk Haz lagi.
“Baiklah. Baiklah. Kau turunlah dulu. Kejap lagi aku nak turun.”
“Ah tiada maknanya. Kau turun dengan aku. Harap tunggu kau entah sampai orang balik pun kau tak turun-turun.”
Wan mendengus. Haz ni membebel macam mak nenek! “Aku turunlah. Takkan nak turun bawah pakai kain pelikat  dengan t-shirt ni aje.”
“Iyalah. Iyalah. Turun tau.”
“Aku tahulah.”



Hiruk piruk halaman rumah Hajah Emani dengan tetamu yang hadir. Walaupun sekadar teman rapat dan jiran tetangga tapi masih juga meriah. Bacaan doa untuk arwah suaminya pun sudah selesai. Tetamu pun tengah makan. Hanya Wan saja yang masih tiada selera nak makan. Satu sebab Lofar, kedua sebab naik rimas dengan pandangan anak dara padanya. Tak reti nak jaga mata sungguh! Apalah nak jadi dengan anak dara sekarang ni.
“Abang Wan...” Lenggok suara tu pun Wan dah tahu siapa. Dijeling adik sepupu sebelah emaknya. Comel aje bertudung litup tapi tak pandai malu nak berkepit. Wan geleng kepala dalam hati. Selama bercinta dan tunang dengan Lofar jangan nak tunggu Lofar sentuh dia, dengar suara manja Lofar pun payah! Kecualilah kalau dia merajuk baru keluar suara lembut Lofar memujuknya. Kalau tak memang ke sudahlah dia tidak akan dengar kecuali bila Lofar bermanja dengan ibu.
Haih! Baru kena reject tapi memang tak dapat nak move on lagi. Tetap juga seraut wajah tu yang mengusik mindanya. Dulu waktu mengorat Lofar pun selalu juga kena reject tapi tidaklah patah semangat macam ni. Sejak hari tu dia dapat rasakan itu kali terakhir mereka bersua sebab Lofar memang nekad tak nak maafkan dia.
Kalaulah Lofar sedar betapa sayangnya dia pada gadis itu. Wan keluh sendiri. Badan disandarkan pada kerusi batu di halaman rumah. Si adik sepupu yang gedik merenyam tu agaknya dah fed up bila dia tak layan. Macamlah Wan hadap sangat. Dulu waktu dia lumpuh jangan kata nak melekat. Datang dekat rumah dia pun tak sudi. Hanya Lofar saja yang merayu-rayu nakkan dia yang cacat tu.
Lofar lagi! Payahnya dia nak lupakan gadis itu. Sudahlah dia asyik nampak kelibat Lofar di mana-mana saja. Duk Langkawi minggu lepas sampai terpanggil-panggil. Sekali sedar hanya halusinasi. Macam sekarang... Dia nampak Lofar duduk sebelahnya di kerusi batu tu. Tersenyum cantik.
Tanpa sedar Wan turut membalas senyuman tu. Biarlah perasaannya terbuai hanya seketika. Janji dia bahagia. “I miss you so much.” ucap Wan pada Lofar yang sedondon dengannya. Pakai jubah moden krim dengan labuci putih. Baju tunang mereka. Simple tapi cantik. Sengaja Lofar pilih baju tu dulu. Katanya boleh pakai pada majlis lain, tidaklah membazir beli baju semata-mata untuk majlis tunang mereka sahaja.
I miss you too Wan...” Lembut mainan suara itu berlegar di minda Wan. Alangkah indahnya jika suara tu satu realiti. Dipejam mata erat dan badan sekali lagi disandar. Cuba menyerap suara itu agar kekal di minda.
Stay... I don’t want to awake from this dream.
Wan dapat rasanya seolah-olah Lofar masih lagi setia di sebelahnya walaupun mata masih tertutup rapat. Seolah-olah Lofar tidak lepas merenungnya dengan senyuman manis.
Lof. Are you still there?” tanya Wan dengan mata tertutup. Saja nak pastikan jika bayangan Lofar masih ada.
Hurmm....
“Lof...”
Hurmm...
I miss you...
Diam. Tiada lagi suara Lofar walaupun sekadar sahutan ‘hurmm’. Kini tahulah Wan bayangan Lofar kembali menghilang.
I’m sorry but I love you...” ucap Wan lagi. Kali ni selari dengan titisan air mata lelaki itu.
I love you so much Lof... can’t you feel it?” sekali lagi lembut suara Wan meluahkannya...
I love you too Wan. Maafkan Lof sebab lambat.... Lof rindukan Wan. Rindu sangat... sangat! Lepas ni Wan jangan paksa Lof tinggalkan Wan lagi. Lof tak nak...”
Dengan luahan dan tangisan yang gadis itu buat Wan terkejut. Mata yang tertutup rapat tadi terus saja dibuka besar. Lofar yang menangis sebelahnya dipandang. “Lof? Wan tak mimpi? Wan tak mimpikan?” Tidak percaya Lofar yang tiba-tiba saja muncul sebelahnya. Pakai baju tunang mereka dulu. Maksudnya tadi tu bukan bayangan Lofar!
It’s me Wan. Your one and only Lof. You’re not dreaming...
“Lof tak marah Wan lagi? Lof takkan tinggalkan Wan lagi? Lof...”
“Lof takkan pergi mana-mana lagi. Lof rindukan Wan. Lof cintakan wan...” potong Lofar pada soalan-soalan Wan.
“Alhamdulilah! Syukur Ya Allah. Syukur Alhamdulillah!”
Dan waktu tu juga Wan sujud syukur!



“Alhamdulillah. Kahwin jugak kawan-kawan aku.”
Lofar tersenyum kecil. Suami sebelahnya dipandang.
Thanks Ara. Terima kasih.” Wan betul-betul maksudkan ucapan tu. Kalau bukan Ara yang sedarkan Lofar. Mungkin sampai sekarang pun mereka tidak akan bersatu. Tiada majlis pertunangan, majlis merisik. Dua minggu lepas sesi luahan di halaman rumah tu. Wan terus ambil keputusan untuk bernikah dengan Lofar. Biarlah kawan-kawan kata dia gelojoh. Wan dah tak sanggup nak berpisah dengan Lofar lagi.
Ara tersenyum kecil sambil pegang perutnya yang memboyot ke depan. “Sama-sama Wan. Lepas ni aku harap kau orang berterus terang, jangan ada miscommunication lagi. Kalau tak aku yang daftarkan kamu berdua ambil masscom!”
Wan tergelak kecil sambil pandang Lofar disebelahnya yang hanya tergeleng kepala dengan bebelan Ara. Dalam hati mengaku juga masalah komunikasi dia da Lofar. Dua-dua nak pendam rasa masing-masing. Akhirnya dua-dua juga yang merana!
“Insya-Allah. Doakan terbaik untuk kami.”
“Amin. Aku turun dulu. Agaknya Haz dah huru hara layan Emil tu.”
Wan tergelak kecil. Iya dia tahu betapa kalutnya kawan baiknya tu kalau layan anak sulung mereka. Emil pula yang buli papanya. Si papa pun melayan aje.
See you soon beautiful.” Ujar Ara sambil berpelukan dengan Lofar.
“Thanks Ara.”  Lofar tidak pernah bosan berterima kasih pada Ara jika berkaitan dengan kisah cintanya pada Wan. Ara dan Haz banyak membantu dalam susah senang mereka berdua.
Pegangan Wan pada dikemaskan. Menyalurkan semangan pada isterinya. Mereka baru saja selamat dinikahkan pagi tadi. Malam ni majlis resepsi mereka pula.
Diubah posisi Lofar agar berhadapan dengannya. “Lof...”
Hurmm...
I love you...” ucap Wan sambil memegang pipi isterinya. Mata ditutup rapat bagi menyerap aura isterinya ke hati.
 “I love you more handsome...
Satu kucupan lembut singgah di pipinya. Wan tersenyum dengan mata yang masih tertutup. Kali ini Lofar menyahut dan dia tahu kali ini sahutan itu dari kekasih hati yag bergelar isterinya.

TAMAT.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

13 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)